Cuteki greetings

Monday 8 October 2012

eksperimen

Mari Cuba Eksperimen Ini.


Telur Terapung di Tengah Gelas.


Telur akan tenggelam jika direndam ke dalam air biasa tetapi apa akan berlaku jika direndam dalam air masin? Keputusannya pasti menarik jika kita cuba eksperimen ini.

Bahan/Alatan :


sebiji telur
sebiji gelas
garam kasar
air mineral

Langkah:
1. Isikan separuh gelas dengan air mineral.
2. Kacaukan  kira-kira 8 sudu besar garam kasar sehingga larut.
3. Tuang secara perlahan-lahan air mineral supaya tidak bercampur dengan air garam yang telah larut.
4. Secara perlahan-lahan masukkan telur ke dalam air.
5. Perhatikan apa yang berlaku.


Mengapa?
Larutan garam mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air mineral, maka lebih tinggi ketumpatan larutan, lebih muda objek terapung.Bila telur dimasukkan ke dalam gelas, telur akan jatuh secara perlahan-lahan di dalam air mineral sehingga ke aras larutan garam. Maka telur itu akan berada di tengah-tengah gelas. Perkara ini hanya akan berlaku jika kita memasukkan air mineral itu secara berhati-hati, barulah larutan garam tidak akan bercampur. Maka eksperimen itu akan dapat dilihat dengan jelas. 
  
Sumber : www.sciencekids.co.nz/experiments/floatingeggs.html
                              Selamat Mencuba.........

RADAS

Antara radas yang biasa ada di bilik sains.

Penunu Bunsen
piring patri

kaki retot
             

bikar
kelalang kon
silinder penyukat
    

Saturday 6 October 2012

hsp t4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SAINS TAHUN 4


Jika cikgu nak dapatkan HSP sains dalam bahasa Melayu sila guna
alamat di bawah: 




Bukan menjadi beban tetapi menyeronokkan.

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA


                               SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA....
                                                           MARINA BINTI BASRI
                                                          D20112054848

Friday 5 October 2012

Mengapa belajar sains menarik.

Pelajaran sains satu yang menarik jika diminati. Ia lebih kepada membuat eksperimen dan membina kefahaman hasil daripada dapatan. Sains sekolah rendah meliputi banyak tajuk yang menarik jika guru mampu melaksanakan semua eksperimen yang bersesuain. Murid akan memberi respon yang baik setiap kali waktu pengajaran subjek ini.
                Masih saya ingat pengalaman belajar sains di sekolah rendah di kampung, diajar oleh seorang guru berbangsa Cina. Beliau mengajar dengan tekun .Memberi saya dan rakan-rakan sekelas membuat eksperimen walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Hasilnya saya mendapat  "A" ketika Penilaian Darjah Lima.
                Ketika memasuki Alam Sekolah Menengah, saya cenderung kepada subjek Boilogi kerana ada banyak eksperimen yang dibuat oleh guru ketika itu. Lebih senang difahami kerana lebih dekat dengan kehidupan manusia.
                Masuk Tingkatan Enam, saya memasuki kelas Sains.Menjadi satu-satunya murid melayu bukan musdah. Belajar Fizik, Kimia dan Biologi dengan lebih mendalam. Saya lebih cenderung kepada subjek Biologi. Walaupun terpaksa mencari katak  pada waktu malam, membeli tikus atau mencari cacing bukan satu alasan untuk berasa geli. Ini merupakan pengalaman yang tidak semua orang dapat.
              Semua ini saya jadikan sebagai pengalaman penting untuk saya terapkan ketika mengajar di sekolah. Saya cuba sedaya-upaya membimbing murid agar meminati pelajaran ini. Menjadi keseronokan melihat murid membuat eksperimen.
              Terima kasih cikgu kerana ilmu yang diberi menjadikan saya seorang guru juga.