Cuteki greetings

Friday 5 October 2012

Mengapa belajar sains menarik.

Pelajaran sains satu yang menarik jika diminati. Ia lebih kepada membuat eksperimen dan membina kefahaman hasil daripada dapatan. Sains sekolah rendah meliputi banyak tajuk yang menarik jika guru mampu melaksanakan semua eksperimen yang bersesuain. Murid akan memberi respon yang baik setiap kali waktu pengajaran subjek ini.
                Masih saya ingat pengalaman belajar sains di sekolah rendah di kampung, diajar oleh seorang guru berbangsa Cina. Beliau mengajar dengan tekun .Memberi saya dan rakan-rakan sekelas membuat eksperimen walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Hasilnya saya mendapat  "A" ketika Penilaian Darjah Lima.
                Ketika memasuki Alam Sekolah Menengah, saya cenderung kepada subjek Boilogi kerana ada banyak eksperimen yang dibuat oleh guru ketika itu. Lebih senang difahami kerana lebih dekat dengan kehidupan manusia.
                Masuk Tingkatan Enam, saya memasuki kelas Sains.Menjadi satu-satunya murid melayu bukan musdah. Belajar Fizik, Kimia dan Biologi dengan lebih mendalam. Saya lebih cenderung kepada subjek Biologi. Walaupun terpaksa mencari katak  pada waktu malam, membeli tikus atau mencari cacing bukan satu alasan untuk berasa geli. Ini merupakan pengalaman yang tidak semua orang dapat.
              Semua ini saya jadikan sebagai pengalaman penting untuk saya terapkan ketika mengajar di sekolah. Saya cuba sedaya-upaya membimbing murid agar meminati pelajaran ini. Menjadi keseronokan melihat murid membuat eksperimen.
              Terima kasih cikgu kerana ilmu yang diberi menjadikan saya seorang guru juga.

No comments:

Post a Comment